Korporat
Rabu, 23 November 2016
Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Tan Sri Haji Shukry Bin Mohd Salleh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ 2016 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Bunga Raya, Bachok Kelantan, hari ini.
Sumbangan zakat pendidikan yang berjumlah RM113,000 ini telah diagihkan kepada 226 orang pelajar asnaf dari daerah Bachok sebagai persediaan mereka menghadapi sesi persekolahan 2017.
Program Iqra’ yang mensasarkan seramai 4,000 orang pelajar asnaf dari empat belas buah negeri ini merupakan salah satu dari program Tanggungjawab Sosial Korporat TH bagi tahun ini dan ia diharap dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik bersedia memulakan sesi persekolahan baru.