Korporat
Rabu, 16 November 2016
Pengarah TH Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Abas telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Mutiara, TH Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini.
Di dalam majlis tersebut, TH telah mengagihkan zakat pendidikan bernilai RM 500 setiap seorang kepada 310 orang pelajar asnaf di Pulau Pinang. Selain itu, mereka juga menerima barangan kelengkapan sekolah seperti bag, kasut dan pakaian sekolah.
Program Iqra’ ini merupakan antara program Tanggungjawab Sosial Korporat TH dan sumbangan ini diharap dapat mendorong pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran mereka.