Korporat
Rabu, 30 September 2020
KELANA JAYA, 30 September 2020 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan sebuah program Lawatan Kerja YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) TH bersama-sama barisan Pengurusan TH di TH Kelana Jaya, Selangor.
Lawatan ini diteruskan dengan mengunjungi Pejabat Mufti Negeri Selangor, YBhg. Sahibus Samahah Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid. Pertemuan dalam suasana yang santai dan mesra membincangkan pelbagai perkara khususnya bagaimana kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan lebih baik dalam usaha meningkatkan kefahaman tentang institusi TH. Semoga silaturrahim yang terjalin kekal erat dan hasilnya membawa kepada kesejahteraan ummat.