Korporat
Rabu, 9 September 2020
KUALA LUMPUR, 9 September 2020 - Bagi mendapatkan maklumat stok dan profil penduduk serta perumahan yang komprehensif dan terperinci sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosioekonomi penduduk, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah diberikan mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2020 atau Banci 2020. Kesemua Penjawat Awam diwajibkan untuk menyertai dan menjawab soal selidik Banci 2020 secara dalam talian iaitu e-Census.
Lembaga Tabung Haji ( TH) dengan kerjasama DOSM mengambil inisiatif dengan mengadakan Klinik e-Census bagi membantu anggota-anggota TH membuat pra-pendaftaran untuk pengisian borang soal selidik secara dalam talian hari ini di Dewan Besar Menara TH Tun Razak