Korporat
Rabu, 27 Ogos 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memulakan Operasi Haji 1435H dengan penghantaran kumpulan pertama Jemaah Haji seramai 413 orang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi ini waktu Malaysia.
Tabung Haji dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada Jemaah Haji telah membuat pelbagai persiapan bagi memastikan perjalanan para Jemaah lancar.
Kumpulan pertama Jemaah Haji itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz pada pukul 9 pagi waktu tempatan, dan dijangka tiba di Maktab Zon 2 Tabung Haji di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick pada 11 pagi.