Haji
Rabu, 24 Julai 2019
Pejabat TH Negeri Johor hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji pertama yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 19 Julai lalu, iaitu Allahyarham Amil bin Abdullah, 63 tahun. Ziarah dilakukan pada pukul 2:30 petang bertempat di Taman Jaya Putra Perdana, Johor Bahru.
Sesi ziarah ini bertujuan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH kepada keluarga serta waris Allahyarham yang kehilangan orang tersayang.
Semasa sesi ziarah, wakil-wakil dari Pejabat TH Negeri Johor turut mengadakan tahlil ringkas dan menyampaikan wang khairat kematian berserta cenderahati kepada waris Allahyarham. Sesi ziarah berakhir pada jam 4:00 petang.