Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, hadir mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Sabah di Tun Sakaran Ballroom, TH Hotel Kota Kinabalu. Kumpulan ini dijadualkan berlepas menerusi penerbangan KT29S (MH8417) pada Khamis, 18 Julai 2019 pukul 3.15 pagi dari Kota Kinabalu ke KLIA. Mereka kemudiannya meneruskan penerbangan ke Tanah Suci dari KLIA menerusi penerbangan KT29 (MH8128) pada pukul 9.15 pagi dan dijangka tiba di Jeddah pada pukul 12.55 tengahari (waktu Arab Saudi).
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Jaujan bin Haji Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH,Datin Hajah Nurlaila binti Haji Said, Pengarah TH Tuan Haji Norsaiful Adlan Mohd Dimyati, Pengarah Operasi OHTA TH Negeri Sabah, wakil agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan para petugas.