Korporat
Rabu, 26 Jun 2013
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima kunjungan kerja daripada Delegasi Autonomi Islam Bangsamoro, hari ini. Lawatan kerja seramai 10 orang ini bertujuan untuk mendapat dan berkongsi maklumat dan pengalaman TH dalam pengurusan haji, sistem pendeposit, serta pelaburan secara keseluruhan.
Taklimat dan penerangan bagi pihak TH diberikan oleh Tuan Haji Abdul Kadir Sahlan, Ketua Pegawai Pelaburan TH, Tuan Haji Anuar Ahmad, Pengurus Kanan Operasi Domestik, Puan Zaiton Mohd Yusoff, Pengurus Kanan Pengeluaran dan wakil daripada Bank Islam Malaysia Berhad serta Syarikat Takaful Malaysia Berhad.