Korporat
Rabu, 7 Jun 2017
Kumpulan asnaf seramai 190 orang dari negeri Pulau Pinang telah menerima sumbangan dari Program Ehsan TH anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) berjumlah RM95,000. Program ini diadakan di Dewan Mutiara TH Hotel, Penang hari ini.
Seperti Program Ehsan TH yang dilaksanakan di negeri-negeri lain, program ini juga mempunyai matlamat dalam membantu golongan yang memerlukan terutamanya di bulan Ramadan selain menyatukan komuniti yang terlibat.
Program Ehsan TH Peringkat Negeri Penang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH.