Korporat
Rabu, 31 Mei 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertempat di Bangunan TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH. Majlis turut disertai oleh YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli-ahli Lembaga TH, Ketua Pegawai Anak-Anak Syarikat TH dan Kumpulan Pengurusan TH. Ikrar ini menunjukkan sokongan berterusan TH dalam memerangi rasuah sejajar dengan amalan serta tadbir urus korporat yang terbaik.