Korporat
Rabu, 31 Mei 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM82,000 kepada 164 orang asnaf fakir miskin di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, Program Ehsan TH, bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu.
Pada tahun ini, program ini memberi sumbangan kepada seramai 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh YBhg. Dato’ Mohyen Mosman, Pengarah TH Negeri Terengganu kepada penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU).