Korporat
Rabu, 22 Mei 2013
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapat, berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai pengurusan audit yang dilaksanakan oleh TH. Taklimat dan penerangan bagi pihak TH ini telah diberikan oleh Puan Hajah Norhayati Yusof, Pengurus Kanan Audit Dalam.
Lawatan yang disertai oleh 65 orang ini terdiri daripada 3 orang pensyarah dan pelajar-pelajar semester 8, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Tuan Haji Azhar Nayan, Ketua Audit Dalam TH.