Korporat
Rabu, 14 Mei 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM3,769,128.73 bagi tahun 2013 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, dalam satu majlis ringkas di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Kedah tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding RM3,460,121.68 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THkepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg. Dato' Syeikh Ghazali Yaacob, Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah.