Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM1,671,204.03 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Tabung Baitulmal Sarawak dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching Sarawak.
YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmood, Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Bayaran zakat TH bagi negeri Sarawak ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.1% berbanding tahun 2017.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Dr. Haji Abd Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar-Kementerian Utiliti Sarawak; YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; YBhg. Datu Haji Abg Mohd Shibli bin Haji Abg Mohd Nailie, Pengurus Besar Tanung Baitulmal Sarawak; Tuan Hj Mustakim bin Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH; Puan Hajah Zaiton Mohd Yusoff, Pengarah TH Negeri Sarawak dan para pegawai Tabung Baitulmal Sarawak serta anggota TH.