Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima menerima Anugerah Khas Abdul Rahman Auf daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) ekoran komitmennya menunaikan zakat perniagaan termasuk menguruskan wakalah agihan, untuk tahun 2018.
Hajah Anis Zuhani Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH telah menerima anugerah tersebut daripada Dato' Syed Ghazali Wafa, Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan Zakat Selangor, diiringi Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Encik Abdul Basith bin Hamid, dan Ketua Divisyen Kutipan LZS, En Mohd Sabirin b Mohd Sarbini di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam.
TH merupakan pembayar zakat yang konsisten malah turut bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat di seluruh negara bagi menyalurkan zakat kepada asnaf yang layak dalam usaha membantu sosio ekonomi mereka.