Korporat
Rabu, 20 April 2022
KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang bertujuan memastikan institusi pengurusan haji negara terus kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan demi kesejahteraan pendeposit, jemaah haji dan umat Islam umumnya.
Majlis Pelancaran HIJRAH24 itu telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Menara TH, Kuala Lumpur.
YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri berkata TH sebagai antara model pengurusan haji terbaik dunia perlu sentiasa bersedia melakukan perubahan agar terus kekal dan berkesan, dengan mengambil langkah berani untuk mengukuhkan kedudukannya kerana keperluan pemegang taruh sentiasa berubah mengikut masa.