Korporat
Rabu, 18 April 2018
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini merasmikan Pejabat TH Cawangan Tanjong Malim, Perak yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah TH. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengurusan Kanan TH yang lain.
TH Tanjong Malim merupakan salah satu daripada 14 buah cawangan TH di negeri Perak. Cawangan ini memberi manfaat kepada lebih 22,000 orang pendeposit dan bakal jemaah haji di sekitar Daerah Tanjung Malim. Perpindahan cawangan ini adalah sejajar dengan inisiatif TH bagi menyediakan perkhidmatan lebih baik dan selesa kepada komuniti sekitar Tanjong Malim dan persempadan Perak-Selangor.