Korporat
Rabu, 30 Mac 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM14,74juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat perniagaan TH ini yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH. Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 6.91 peratus berbanding RM13,79juta (2014).