Lembaga Tabung Haji (TH) memberikan sumbangan sebanyak dua (2) buah kereta Proton Ertiga 1.4 Executive Plus AT sebagai hadiah utama Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-61 bagi tahun 1439H/2018M.
Hadiah utama yang bernilai lebih RM140,000 ini akan diberikan kepada johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK). Sumbangan ini merupakan salah satu daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH bagi MTHQK yang memasuki tahun ke-enam (6) telah dilaksanakan sejak tahun 2013.
YBhg Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata, sumbangan hadiah utama ini adalah sebagai menyokong usaha mengembangkan syiar Islam serta mengimarahkan lagi penganjuran majlis tilawah berkenaan.