SABAH - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama YAPIEM menyampaikan sumbangan kepada 1000 keluarga asnaf yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu.
Bantuan adalah berupa wang tunai RM200.00 dan barangan/makanan kering bernilai RM300.00 bagi setiap keluarga yang berjumlah keseluruhan RM500,000.00 diagihkan secara berperingkat bermula Isnin, 23 Mac 2020 selama dua (2) hari.
Bantuan ini disampaikan oleh wakil YAPIEM secara terus kepada asnaf yang dipilih di peringkat Majlis Agama Islam/Pusat Zakat Negeri masing-masing.
Program ini adalah salah satu inisiatif TH dalam Program #MusaadahCovid19 anjuran YB Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Agama) untuk membantu masyarakat asnaf meneruskan kelangsungan hidup.