Korporat
Selasa, 26 November 2019
Kuala Lumpur, 26 Nov 2019- TH telah menerima lawatan daripada delegasi negara Niger yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Mr. Djibrilla Boukari, Pesuruhjaya Tinggi Niger di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk wakil-wakil delegasi belajar dan memahami dengan lebih jelas berkenaan pengurusan haji, pelaburan dan tadbir urus TH.
Kecemerlangan TH terutamanya dalam pengurusan haji menjadikan TH sebuah institusi yang dihormati kerana pencapaian serta tadbir urus yang baik, dan sering menjadi rujukan negara-negara Islam luar.
Turut hadir YBrs. Encik Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Pengurusan Kanan TH.