Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan, telah melaksanakan "Projek Bantuan Pendidikan Tabung Haji" sebagai salah satu usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), bertujuan untuk memberi motivasi dan meningkatkan tahap yakin diri pelajar dari golongan asnaf terbabit.
Program ini yang membabitkan 13 buah negeri di seluruh Malaysia, telah berlangsung sejak 22 Oktober 2012 bermula di negeri Johor dan akan dilaksanakan di negeri-negeri lain sepanjang bulan Oktober sehingga November, sebelum bermulanya musim persekolahan yang baru.
Sumbangan yang diberikan adalah berjumlah RM500 seorang, di mana sebanyak RM200 adalah berupa barangan keperluan sekolah seperti uniform, kasut, beg serta pembayaran yuran PIBG dan yuran-yuran lain, manakala yang selebihnya adalah wang tunai bagi tujuan perbelanjaan harian sekolah.
PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN TABUNG HAJI PERINGKAT NEGERI
Korporat
Selasa, 6 November 2012