Korporat
Selasa, 16 Ogos 2016
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Sri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni telah hadir menyempurnakan majlis mengucapkan selamat jalan khususnya kepada Jemaah Haji dari Negeri Sabah ke Baitullahhilharam bagi Musim Haji 1437H/2016M yang berlangsung di TH Hotel Kota Kinabalu.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YAB. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.