Korporat
Selasa, 16 Ogos 2016
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib telah hadir menyempurnakan majlis mengucapkan selamat jalan khususnya kepada Jemaah Haji dari Negeri Sarawak ke Baitullahhilharam bagi Musim Haji 1437H/2016M yang berlangsung di Hotel Grand Continental, di sini. Turut hadir dalam majlis ini adalah Yang Berusaha Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH.