Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato Seri Utama Hajah Majimor binti Sharif, hadir mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Pulau Pinang di Dewan Mutiara, TH Hotel Pulau Pinang.
Kumpulan ini dijadualkan berlepas menerusi penerbangan KT27P (MH8445) pada 17 Julai 2019 pukul 12.40 tengah malam dari Bayan Lepas ke KLIA. Mereka kemudiannya meneruskan penerbangan ke Tanah Suci dari KLIA menerusi penerbangan KT27 (MH8126) pada pukul 5.10 pagi dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 8.40 pagi (waktu Arab Saudi).
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Dato Seri Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SS Dato Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor, Mufti Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Hizamuddin Jamalluddin Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staf TH; Tuan Haji Abu Shukor Jangga, Pengarah TH Negeri Pulau Pinang, wakil agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan para petugas.