Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darulaman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Al-Marhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darulaman berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang bakal Jemaah Haji Negeri Kedah di Dewan Baiduri, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar hari ini.
Kumpulan ini dijadualkan berlepas menerusi penerbangan KT13K (MH8401) pada 9 Julai 2019 pukul 8.50 malam dari Alor Setar Ke KLIA. Mereka kemudiannya meneruskan penerbangan dari KLIA menerusi penerbangan KT13 (MH8112) pada 10 Julai 2019 pukul 5.30 pagi dan dijangka tiba di Madinah pada pukul 9.00 pagi (waktu Arab Saudi).
Majlis ini turut dihadiri oleh DYTM Tuanku Raja Muda Kedah, YAB Menteri Besar Kedah, Pengurusan Kanan TH serta wakil-wakil Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan.