Bahagian Integriti dan Projek Khas dengan kerjasama bahagian-bahagian utama TH khususnya Sumber Manusia, Haji, Simpanan dan Pengeluaran, Operasi Pejabat Cawangan, Khidmat Pelanggan, Undang-Undang, Risiko dan Pematuhan, dan Teknologi Maklumat; terus komited menganjurkan Program Pengukuhan Integriti 2019 bagi memastikan aspirasi untuk memantapkan dan membudayakan integriti di TH dapat dicapai.
Seramai lebih 200 orang anggota TH Ibu Pejabat menyertai program Siri 02/2019 di Dewan Besar TH. Program setengah hari ini membariskan panel dalaman dan jemputan seperti YBhg. Dr. Rozaidi Razali, Ketua Jabatan Integriti PROLINTAS dengan taklimatnya Integriti dan Tadbir Urus Organisasi, Encik Idrus Ismail, Sekretari Kepada Lembaga menyampaikan taklimat Undang-undang Liabiliti Korporat bagi Organisasi Komersial (Seksyen 17 (A) Akta SPRM (Pindaan 2018)) dan Fungsi & Peranan Bahagian Perundangan dan Sekretariat dalam Menjaga Kepentingan TH dan YBhg. Dato’ Abdul Samat Kasah, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM menyampaikan taklimat Cabaran-cabaran Yang Dihadapi oleh SPRM dalam Menguatkuasakan Undang-undang Rasuah.
Pengisian Perbincangan Meja Bulat bertemakan Pemantapan Integriti TH : Mendepani Cabaran Ke Arah Kecemerlangan” yang dihuraikan oleh YBhg. Dr. Rozaidi Razali, YBhg. Dato’ Abdul Samat Kasah dan YBhg. Dato’ Latifah Md Yatim, Ketua Pegawai Integriti dan Projek Khas TH mengakhiri program pada hari tersebut.
Dengan selesainya siri ini, program pengukuhan integriti ditangguhkan dan akan disambung pada pertengahan bulan September 2019.