Korporat
Selasa, 6 Jun 2017
Program Ehsan TH yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM86,000 kepada 172 orang asnaf fakir miskin di Negeri Sembilan bertempat di Perkarangan Masjid Sikamat, Seremban, bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat tahunannya.
Selaras dengan matlamat tanggungjawab sosial korporatnya, TH sentiasa komited dalam memainkan peranan, menggalas tanggungjawabnya dengan baik serta membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Program Ehsan TH Peringkat Negeri Sembilan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin, Ahli Lembaga Pengarah TH dan dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Hisham bin Harun, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Sumber Manusia.