Korporat
Selasa, 23 Mei 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memulakan siri jelajah Program Ehsan dengan menyumbang RM70,000 kepada 140 orang asnaf fakir miskin di bawah program tanggungjawab korporat (CSR) tahunannya, bertempat di Bangunan Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak.
Pada tahun ini, Program Ehsan TH mensasarkan sumbangan kepada seramai 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Sumbangan zakat ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia TH. Penerima sumbangan zakat Program Ehsan TH terdiri daripada warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) miskin tegar.