Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 4,706,192.37 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam satu majlis di TH Hotel & Convention Center, Alor Setar, Kedah
YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Pembayaran zakat TH bagi negeri Kedah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12.54% berbanding RM4,181,741.95 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dato' Paduka Haji Bakar bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi LZNK; YBhg. Tuan Haji Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK; YBhg. Sahibus Samahah Dato' Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Tuan Haji Nawawi bin Ishak, Pengarah TH Negeri Kedah dan para pegawai Lembaga Zakat Negeri Kedah serta anggota TH.
TH Bayar RM 4.7 Juta Kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah
Korporat
Selasa, 17 April 2018