PUTRAJAYA, 11 Februari 2020 – Lembaga Tabung Haji ( TH) dengan usaha sama Bank Islam dan Visa melancarkan Kad Debit - i Bank Islam Visa Tabung Haji hari ini di Dorsett Putrajaya.
Kad Debit - i ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif untuk para pemegang kad. Selain menawarkan rangkaian pembayaran dan akses tunai yang meluas di seluruh dunia, ia juga memudahkan urusan traksaksi kewangan bagi jemaah haji ketika berada di Arab Saudi.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir, YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Puan Mandy Lamb, Pengurus Negara Kumpulan, Rantau Asia Tenggara Visa, Encik Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia dan Pengurusan Kanan TH, Bank Islam, Visa dan media massa.