Haji
Selasa, 30 Januari 2018
Majlis Penyerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1439H/2018M telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji) yang bertempat di Dewan Besar TH.
Majlis telah dimulai dengan taklimat Pengurusan PJH musim Haji 1439H oleh Tuan Haji Mad Admara, Pengurus Besar Agensi Haji dan diikuti dengan Taklimat Integriti yang telah disampaikan oleh YBhg Dato Mohamad Yusoff Akope, Ketua Pegawai Integriti TH.
Penyerahan lesen telah diberikan kepada 18 Agensi Pelancongan yang diluluskan oleh TH untuk menawarkan perkhidmatan pakej Haji bagi musim Haji 1439H/2018M. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar-Pengurus Besar Jabatan Haji.