Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan Majlis Perhimpunan Anggota sesi pertamanya bagi tahun 2014 di Dewan Besar TH, hari ini.
Majlis Perhimpunan Anggota ini merupakan antara program yang diatur oleh TH di bawah Jabatan Sumber Manusia dan menjadi salah satu medium untuk penyampaian amanat, perkembangan serta halatuju TH.
Majlis pada petang ini juga telah diserikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THdengan ucapannya kepada lebih daripada 300 orang anggota TH dan wakil-wakil Pengurusan Kanan Anak-anak Syarikat TH.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Zukri Samad, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi, BIMB Holdings Berhad dan YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH dan Pengurusan Kanan TH.
PERHIMPUNAN ANGGOTA TABUNG HAJI KALI PERTAMA SESI TAHUN 2014
Korporat
Selasa, 28 Januari 2014