PUTRAJAYA, 14 Januari 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Jamuan Tengah Hari Waris dan Mangsa Kemalangan Kren di Makkah Musim Haji 1436 Hijrah bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Yang Terutama Dato' Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia.
Insiden kemalangan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Musim Haji 1436H telah mengorbankan 7 orang Jemaah Haji Malaysia dan beberapa Jemaah Haji yang cedera.
Turut hadir dalam majlis jamuan tengah hari bersama YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ialah YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi TH dan YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.