Korporat
Khamis, 13 Disember 2018
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Ikhtiar TH Peringkat Negeri Johor bertempat di Menara TH, Johor Bahru. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Mokhzani Mukhtar, Pengarah Negeri TH Johor.
Seramai 20 usahawan Asnaf dari beberapa daerah hadir dan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM150,000.00. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Noh Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Pengurusan Kanan MAIJ, ahli keluarga para penerima serta anggota-anggota TH.