Korporat
Khamis, 28 November 2019
KUALA LUMPUR, 28 Nov 2019 - Satu Lawatan Kerja yang diketuai Dr. Eka Jusup Singka, Pengarah Pusat Kesihatan Haji Republik Indonesia bersama-sama 10 orang delegasinya termasuk wakil Kedutaan Indonesia ke Malaysia telah hadir ke Menara TH pada hari ini.
Para pelawat disambut dan diberikan taklimat oleh YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji TH dan pengurusan kanan Jabatan Haji.
Di dalam lawatan tersebut, para delegasi telah mengadakan perbincangan dua hala dan bertukar-tukar pandangan serta pengalaman mengenai pengendalian pemeriksaan kesihatan jemaah haji Malaysia dan Indonesia secara keseluruhannya.