Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ TH 2016 yang diadakan di Taiping Golf & Country Club, Perak hari ini menandakan selesai sudah Program Iqra’ TH bagi tahun 2016.
Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hisham Harun, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia TH, Tuan Haji Nawawi Ishak, Pengarah TH Negeri Perak, Tuan Haji Aminnudin Mohd Nor, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama serta anggota TH Negeri Perak.
Pada tahun ini, zakat pendidikan berjumlah RM2 juta telah diagihkan kepada 4,000 pelajar dari 178 buah sekolah dan ia diharap mampu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan 2017 anak- anak mereka.
TH berharap dapat mengekalkan Program Iqra’ ini pada tahun- tahun akan datang bagi membantu lebih banyak pelajar asnaf di negara ini.