Lembaga Tabung Haji (TH) telah menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran peringkat TH buat kali pertama. Seramai 16 peserta yang mewakili setiap zon telah bertanding di saringan peringkat separuh akhir untuk merebut lapan slot ke peringkat akhir.
Majlis tilawah peringkat akhir telah diadakan di Ibu Pejabat TH yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Johan Qari telah dimenangi oleh Haji Ahmad Fadullah bin Jusoh dari TH Kuala Terengganu, manakala Johan Qariah telah dimenangi oleh Hajah Farra Liza binti Mohd Musa dari TH Miri. Johan Qari dan Qariah akan mewakili TH ke Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat Korporat peringkat kebangsaan 2015 di Universiti Teknologi Petronas pada 19 – 21 November 2015.