Korporat
Khamis, 27 Oktober 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Kenderaan Dwi-fungsi menerusi Projek Mobiliti di Ibu Pejabat TH.
Sebelas buah masjid telah terpilih menerima kenderaan dwi-fungsi tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM1.4 juta.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH. Turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, wakil-wakil masjid serta pihak pengurusan TH.
Program ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial TH bertujuan untuk membantu pihak pengurusan masjid dalam pengurusan jenazah dan aktiviti kebajikan anak-anak kariah.