Haji
Khamis, 13 September 2018
Pada hari Khamis, 13 September 2018, TH telah mengadakan sesi ziarah kepada tiga waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci iaitu Allahyarham Haji Zulkafli Bin Hitam (Batu Pahat), Allahyarham Haji Parmin Bin Marzuki (Batu Pahat) dan Allahyarham Haji Aluan Bin Bandi (Parit Raja). Sesi ziarah diwakili oleh Pengarah TH Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Bin Mukhtar serta pegawai TH Johor.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.