Haji
Khamis, 22 Ogos 2019
Pejabat TH Negeri Pahang semalam telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 11 Ogos lalu, iaitu Allahyarhamah Faridah Abdul Latip, 65 tahun. Ziarah dilakukan pada pukul 3.00 petang bertempat di Kuala Rompin, Pahang.
Sesi ziarah ini bertujuan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH kepada keluarga serta waris Allahyarhamah yang kehilangan orang tersayang.
Semasa sesi ziarah, Pengarah TH Negeri Pahang, Puan Hajah Musalimah Mustafa telah menyampaikan wang khairat kematian berserta cenderahati kepada waris Allahyarhamah, Puan Safura Abdul Latif. Turut diadakan majlis tahlil untuk arwah. Sesi ziarah berakhir pada jam 4.00 petang.