KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2020 - YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) TH memberi ucaptama di Majlis 'TH Finance Town Hall 2020' pada pagi ini bertempat di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.
Beliau dalam ucapannya mengingatkan anggota Jabatan Kewangan agar bekerja dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab kerana setiap perbuatan adalah dinilai di sisi Allah SWT.
PUK/KPE TH turut menyeru anggota kewangan untuk bersama-sama menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dicontohi dan disegani
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Dato’ Merina Abu Tahir, Ketua Pegawai Kewangan. Turut hadir Puan Rina Sarif, Ketua Pegawai Modal Insan dan Ahmad Shahriman Johari, Pengurus Besar Komunikasi Korporat.