Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji bagi penerbangan ini telah disempurnakan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Hj Abbas dan isteri, Y.A Bhg Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.
KT24P pada hari ini merupakan penerbangan ke-3 daripada keseluruhan 15 penerbangan domestik dari Pulau Pinang ke KLIA yang telah bermula pada 20 Julai 2018 yang lalu.
Majlis bermula pada pukul 5:15 petang dan selesai pada pukul 6:30 petang dengan keberangkatan Jemaah Haji menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Jemaah haji dijangka berlepas ke KLIA pada pukul 9:25 malam.
Turut hadir pada majlis pelepasan ini YBrs Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Pegawai Sumber Manusia TH merangkap Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air 1439H|2018M dan beberapa Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan/ agensi terlibat.