Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak (bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam Sarawak) hadir mewakili Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Sarawak di Bay 9, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
Kumpulan jemaah haji ini dijadualkan berlepas menerusi penerbangan KT41Q (MH8441) pada hari ini jam 3.40 pagi dari Kuching ke KLIA. Mereka kemudiannya meneruskan penerbangan ke Tanah Suci dari KLIA menerusi penerbangan KT41 (MH8148) pada jam 9.15 pagi dan dijangka tiba di Jeddah pada pukul 12.55 tengah hari (waktu Arab Saudi).
Majlis ini turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Yassin, Mufti Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Taha, Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak, Tuan Haji Hizamuddin bin Jamalluddin, Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staf TH, Puan Hajah Zaiton binti Mohd Yusoff, Pengarah TH Negeri Sarawak, wakil agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Sarawak dan para petugas.