Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Johan Abdullah, 59, sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji berkuat kuasa 1 Julai 2016.
Dato’ Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun 2016 setelah berkhidmat lebih 10 tahun di TH.
Dato’ Johan berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Morehead State, Kentucky Amerika Syarikat (AS). Beliau juga adalah pemegang Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Eastern Michigan, Michigan AS.
Sebelum menyertai TH sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 15 Januari 2015, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad (BHB) sejak Mei 2008.
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan kanan semasa di Bursa Malaysia Berhad dan mempunyai pengalaman luas dalam kewangan korporat, pasaran modal dan perbankan Islam.