Haji
Khamis, 27 Jun 2019
Majlis pelepasan Petugas Haji Advance Party Kumpulan Kedua hari ini telah diadakan di TH Hotel Kelana Jaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hizamuddin Jamalluddin, Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staff TH.
Kesemua 151 petugas haji akan berlepas melalui penerbangan MH150 di KLIA, Sepang pada jam 2.45 petang.
Turut hadir adalah YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia dan Pengurus Besar Jabatan Haji.