Haji
Khamis, 20 Jun 2019
Lembaga Tabung Haji hari ini menganjurkan majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi memohon kelancaran perjalanan operasi haji pada tahun ini.
Majlis yang diadakan di Surau TH dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Imran Mohammad Khayat, Pengurus Besar Syariah.
Seramai 200 orang telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH, YBhg. Dato' Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Anggota Lembaga TH, Pengurusan Kanan TH dan petugas Tanah Suci serta Tanah Air.