Lembaga Tabung Haji (TH) telah melancarkan Perkhidmatan Bergerak THKomuniti yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan YB. Tuan Budiman Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dataran Othmaniah Sungai Limau, Sungai Besar Selangor.
Inisiatif baharu ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan yang memperkenalkan program Mobile Community Transformation Centre (MOBILE CTC) iaitu perkhidmatan bergerak bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk penduduk luar bandar.
Pada masa kini, TH telah memperuntukan empat (4) buah kenderaan untuk kegunaan guna sama di seluruh semenanjung dua (2) buah; Sabah (sebuah) dan Sarawak (sebuah). Perkhidmatan Bergerak THKomuniti ini disokong dengan pemasangan VSAT (Very Small Aperture Terminal) bagi membolehkan orang ramai berurusan secara online dan real-time. Pemasangan VSAT ini juga membolehkan capaian jalur lebar dapat dicapai walau di mana kenderaan tersebut berada.
MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN BERGERAK TH KOMUNITI
Korporat
Khamis, 16 Jun 2016