Lembaga Tabung Haji (TH) mencipta sejarahnya tersendiri sebagai sebuah institusi Islam bukan perbankan pertama di dunia yang memperkenalkan Tabung Haji Debit-i Mastercard.
Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis di Ibu Pejabat TH. Turut hadir adalah YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato' Sri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Tabung Haji Debit-i MasterCard membolehkan pendeposit untuk mengakses ke akaun masing-masing dan juga berfungsi seperti tunai atau cek peribadi di mana setiap pembelian dan transaksi akan didebit terus daripada simpanan mereka. Kad ini membolehkan jemaah haji melakukan transaksi pengeluaran dan pembelian di Tanah Suci dengan lebih mudah dan selamat. Pemegang kad boleh melakukan pengeluaran tunai di lebih 2.5 juta mesin juruwang automatik (ATM) dan kemudahan membeli belah di 38 juta lokasi premis perniagaan yang menerima MasterCard di Arab Saudi dan seluruh dunia.
PELANCARAN TABUNG HAJI DEBIT-I MASTERCARD, BUKU COFFEE TABLE DAN IFIC
Korporat
Khamis, 5 Jun 2014