Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mempersembahkan Zakat TH berjumlah RM 6,522,964.21bagi tahun kewangan berakhir 2018 kehadapan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Ahmad Ruzman bin Ahmad Razali, Pengurus Besar (Operasi Domestik). Bayaran zakat bagi negeri Terengganu ini mencatatkan peningkatan sebanyak 26.4% berbanding tahun 2017 (RM5,162,195.54).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB. Dato’ A Rahman Yahya, Setiausaha Kerajaan Terengganu; Sahibus Samahah Dato' YBhg Dato' Haji Zulkiply bin Muda, Mufti Negeri Terengganu; YBhg Dato' Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Tuan Haji M Rozi bin Haji Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM; YBhg Dato' Mohyen bin Mosman, Pengarah Negeri TH Terengganu, pegawai MAIDAM dan anggota-anggota TH.